21 Kronologi dari jual 10 unit topi sehari kepada 1,000+ unit dalam masa 3 minggu?

dbz

 

(Post ini di copy paste serta kredit pada Tuan Aqif Azizan berkenaan perjalanan beliau menjual 1 produk secara dropship, berdasarkan panduan Dropship Lab) – saya salin sebijik-sebijik

 

 

Izin kami bentangkan dalam bentuk fasa demi fasa. Supaya tuan puan dapat baca, faham dan bersedia jika mengalami situasi yang seakan-akan sama:

.

Fasa 1 – Validate, sales dan kenal pasti vendor berpotensi.

.

1. Dalam video 1, kami kongsikan cara paling mudah, simple dan cepat untuk kenal pasti produk yang senang jual.

2. Kami pilih topi M Sport sebab kami nampak ia berpotensi (rujuk kembali poin 1).

3. Spend duit iklan sebanyak $30 sehari untuk 2 tier country (dalam modul 5). Tujuannya untuk lihat samada ada respon daripada pembeli atau sebaliknya.

4. Hari pertama dapat 5 unit jualan topi dengan harga $19.99 (tanpa website). Untung bersih dilaburkan semula menjadi modal iklan supaya dapat tambah pelanggan.

5. Semasa proses order topi ini kepada customer menerusi Ali Express, kami gunakan 3 vendor yang berbeza.

6. Tujuannya? Supaya kami dapat kenal pasti mana satu vendor yang efisien dan mudah untuk berurusan.

7. Dalam masa 2 hari berurusan dengan vendor, kami selesa berurusan dengan seorang vendor saja. Dia siap bagi emel jika perlukan bantuan lanjutan.

.

Fasa 2 – Scale up (spending and order), dan membina hubungan jangka masa panjang dengan vendor berkualiti.

.

8. Apabila sales topi sudah cecah 10 ke 50 unit sehari, maka kita tak boleh order seorang diri.

9. Upah staf Filipina di Upwork (dot) com dan bayar gaji USD200 sebulan. Jadikan dia ‘admin’ Facebook Pages supaya dia dapat buat kerja-kerja berikut:

a. Uruskan prospek dan customer menerusi Facebook Messenger.

b. Beri laporan jualan dan berapa jumlah yang perlu kita transfer kepada vendor mengikut jumlah customer yang kita dapat sehingga pukul 10 malam setiap hari.

c. Hantar maklumat customer kepada vendor untuk mereka selesaikan urusan penghantaran.

10. Ketika ini, kami dah cuba berbincang dengan vendor tentang harga. Setelah berbincang, vendor bersetuju bagi harga yang lebih rendah daripada apa yang dipaparkan dari Ali Express.

11. Vendor juga agak terkejut dengan jualan topi yang sangat banyak daripada kami. Jadi sebab itu dia bagi harga special khas untuk kami saja.

12. Dalam fasa ini, kita akan diuji dengan masalah penghantaran, masalah produk, refund dan sebagainya.

Tapi tak begitu kritikal. Teruskan bacaan fasa ketiga.

.

Fasa 3 – Ke arah 1,000 unit jualan pertama dan 3,000 unit jualan seterusnya.

.

13. Untuk fasa scaling up (naikkan bajet iklan dan terima lebih banyak order daripada biasa), kita tak akan ada satu cara scaling up yang sama untuk semua produk.

14. Dalam kes topi ini, cara scaling up adalah melancarkan lebih banyak visual customer yang sudah pakai topi dan berpuas hati(rujuk modul 5).

15. Bajet maksimum untuk setiap iklan adalah $100 saja. Tetapi kami akan lancarkan 4 ke 10 iklan sekaligus yang berkongsi gambar-gambar customer kami.

Contoh: Bajet $100 sehari x 10 iklan = $1,000 sehari.

16. Jualan besar (50 hingga 200 unit sehari) tidak berlaku setiap hari. Di sini juga kita sudah dapat tahu ‘siapa’ yang suka membeli produk kita.

17. Sebagai contoh, kita akan tahu negara mana yang paling aktif membeli topi ini, interest apa yang patut guna dalam iklan, dan pelbagai lagi.

18. Kami juga tidak lagi menggunakan Facebook Messenger untuk close sales. Untuk uruskan order yang besar, kita perlu ada salespage khas untuk topi ini.

19. Staf pengurusan yang kami ceritakan dalam poin 9, mereka akan fokus kepada menguruskan jumlah respon yang kecil (seperti pertanyaan) di Facebook Message.

90% masa mereka ketika ini akan melibatkan pengurusan pemberian data customer kepada vendor bagi tujuan penghantaran.

Mereka akan kerap berikan laporan data sales, jumlah customer, dan sudah hantar maklumat itu kepada

20. Sepanjang perjalanan ini juga, kita mesti kena ada backup minimum 1 lagi vendor yang mempunyai produk yang sama.

Kerana jumlah order yang besar ini akan mempunyai risiko kecacatan yang tinggi.

Cacat dari segi kualiti, tempoh masa penghantaran dan banyak lagi. Masa ini, kami mempunyai backup lebih daripada 3 vendor yang menjual topi ini.

21. Pastikan juga tuan puan tidak meninggalkan duit terlalu banyak dalam akaun Paypal (jika menggunakan Paypal).

Jika net profit sudah cecah $2,500, sebaiknya pindahkan saja ke akaun bank di Malaysia.

Ini bagi mengelakkan daripada timbulnya isu Paypal block akaun kita bagi tujuan siasatan (kadang-kadang ambil masa yang sangat lama sehingga menyusahkan kita untuk rolling).

.

Adakah post ini bermanfaat?

Jika ya, silakan SHARE sekarang.

Dan jika tuan puan berminat untuk dapatkan panduan Dropship Lab, sila klik LINK DIBAWAH sekarang!

dropshiplab.ismailarsad.com

dropshiplab.ismailarsad.com

dropshiplab.ismailarsad.com

 

(Harga hanya $29.99. Tidak ada upsell atau mereka pulangkan duit anda 5 kali ganda).

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>