Anda sukar buat jualan dalam Instagram?

5 faktor yang patut anda ambil berat jika nak buat jualan di Instagram (IG)

1 : Pemilihan produk

Anda kena tahu, kebanyakkan pengguna IG ni muda remaja. Jadi anggaran umur mereka juga lingkungan bawah 35 tahun. Mungkin bawah 30. Kedudukan kewangan pun ala kadar. Jadi kalau letak produk mahal, atau produk-produk untuk orang berusia memang slow jika di IG. Letak ubat kuat yang baca budak2 nak buat apa weh..

2 : Gambar

Cuba ubah gambar-gambar yang kita post tu. Supaya nampak unik lain dari yang lain. Tak lah asyik gmbr ala2 katalog produk je. Dalam IG, kebanyakkan pengguna suka masuk IG sbb mereka suka tengok gambar2 unik. Bukan nak tgk katalog barang. Jadi, jika gambar produk anda ada kelainan, besar kemungkinan ramai orang suka, ramai orang suka, lagi tinggi potensi orang nak beli. Dalam IG gambar jadi penambat hati mereka.

3 : Ayat jualan.

Sama macam point diatas, dalam IG orang bukan nak tengok katalog barang, jadi cuba lah elakkan terlalu hard selling. Dalam erti kata lain, ayat jangan lah asyik nak menjual je. Sesetengah mereka masuk IG sbb nak lari dari FB yang ramai sangat orang dok menjual tau. Jadi ubah ayat ke arah cuba perkenalkan produk dengan lebih unik.

4 : Penggunaan ‪#‎tags‬.

Tak dinafikan, ada juga yang suka shopping dalam IG ni, dna mereka cari barang berdasarkan #tags. Jadi, anda kena tahu lah apa yang mereka biasa cari, nak tahu bagaimana? letakkan situasi diri anda seperti mereka, jika nka cari produk, apa yang anda cari. Contoh, jika saya nka cari barang bayi, saya akan taip barangbayi, bukan sayajualbarangbayi. Tak ramai yang tahu ‪#‎sayajual‬ tu. #sayajual tu famous di kalangan peniaga je. Lagi satu, tak payah lah letak #tags yang tak berkaitan, buat semak post je weh. Kau jual jersi bola, lepas tu konon-konon kau nak tarik follower Wak Doyok letaklah ‪#‎akuyangpakaikauyangpanas‬. Silap-silap hari bulan orang ingat jersi yang kau jual tu jenis kain panas, terus tak ada orang beli. Dan silap-silap hari bukan, follower mereka block IG kau sebab panas tengok asyik nak menjual je. Jadi, sila fahami situasi bakal pelanggan anda dan juga pengguna IG yang lain.

5 : Followers

Okay, ni paling penting, siapa follower anda tu yang mainkan peranan utama untuk anda lariskan jualan dalam IG. Follower yang ramai tak semesti bagus. Bagus untuk naikkan kepercayaan dam kredibiliti, tapi untuk convert ke jualan belum tentu. Cuba bayangkan follower anda anda 150,000 orang, dan anda jual shawl, tudung, baju kurung, TAPI, follower anda semuanya budak sekolah, lelaki, umur lingkungan 15-18 tahun. Buat apa? Jadi, yang penting adalah TARGETED FOLLOWER.

==================

DOWNLOAD PERCUMA EBOOK TEKNIK JUALAN INSTAGRAM dan 3 VIDEO EKSLUSIF REVOLUSI MANIPULASI INSTAGRAM

==================

Mahukan 3 Video Ekslusif dari DVD Revolusi Teknik Jualan Instagram? Dapatkan juga Ebook Mulakan Perniagaan Instagram ini secara PERCUMA

Masukkan Nama & Emel untuk memastikan anda dapat VIDEO dan EBOOK ini. Digalakkan guna emel GMAIL ya..

Sila tunggu sehingga selesai loading………..  

 

NOTA: Digalakkan guna email GMAIL untuk memastikan anda terima link download. Elakkan guna yahoo

 

Apa yang bakal anda pelajari dan kuasai adalah;

  • Elemen-elemen peting nak TINGKATKAN JUALAN dalam INSTAGRAM
  • Kesilapan Usahawan Yang Selalu Dibuat dalam Instagram
  • Strategi Branding Berkesan Dalam Instagram
  • Bina Profile Bisnes Berpengaruh
  • Tips untuk kuasai pemasaran Instagram
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>