Dari Hobi Jadi Bisnes Buat Duit

Saya nak kongsikan satu niche bisnes yang berpotensi hasilkan income konsisten. Saya sendiri dah buat sejak 2008.

Niche Hobi.

Saya start bisnes adalah dari hobi sahaja.

Ada apa dengan Bisnes Niche Hobi?

1 : Memang kena dengan jiwa, mudah jadi pakar
2 : Lebih mudah kenal audience
3 : Tak ada istilah RUGI.

Okay pertama.

Dah itu memang hobi anda, jadi seharusnya anda tahu selok belok dan pakar dalam bidang atau hobi tersebut. Contoh kaki pancing. Dah tahu dah nak pancing ikan kelah dan ikan lampam jawa guna joran, mata kail dan tali jenis macam mana. Jadi, lebih mudah untuk anda dah ‘sembang’ dengan pelanggan.

Kedua Audience.

Biasanya sapa ada hobi hardcore mereka tak sorang-sorang. Kaki pancing mesit ada geng-geng pergi memancing, tak pun geng-geng tangkap katak. Paling cikai pun geng geng sembang yan jumpa dekat kedai apek jual joran.

Anda mesti lebih kenal audience anda seolah olah mereka diri anda. Anda tahu apa mereka minat, apa aktiviti mereka.

Ketiga, TAK ADA ISTILAH RUGI.

Buat bisnes dalam niche hobi ni bagi saya tak ada istilah rugi. Sebab itu memang hobi saya. Barang tak terjual, itu boleh jadi sebahagian dari koleksi saya. Apa ada hal, itu memang hobi saya.

So, sebagai orang yang ada hardcore dengna hobi mereka, mesti mereka tahu kan mana nak dapatkan lubuk barangna untuk hobi mereka dengna harga rendah.

Ini satu peluang kerana nanti anda akan berjumpa ramai orang orang baru yang mereka mungkin tak tahu mana nak dapatkan produk bagi memenuhi kehendak hobi mereka.

Dan Bisnes sesama rakan sehobi pun kadang kadang menguntungkan.

Contoh peminat jam antik, ada yang sanggup habis beribu-ribu swap dengan kawan-kawan untuk sebiji jam antik zaman tok nenek dahulu.

Silap silap pelanggan pertama kita akan kekal jadi pelanggan bertahun lamanya.
* saya masih ingat antara pelanggan pelanggan awal saya yang kini masih lagi berhubung, jadi kawan rapat, masih menjadi pembeli setia saya. Bila mereka jadi pelanggan awal saya? tahun 2009.

Ya, walaupun dah mencecah 6 tahun, tapi ada satu sebab mereka masih lagi jadi pelanggan, jadi kawan.

Sebab mereka juga hardcore hobi. Dan ada yang dah jadikan hobi sebagai kerjaya.
Syarat bisnes niche hobi.

Hobi tersebut mestilah EVERGREEN.

Bukan jenis pakat orang nak main beyblade, dia dok tumpang, lepas tu beyblade pun dah tepu, dah tak de orang main, main pula yoyo, lepas tu datang musim kereta Dash, muncul plak helikopter control..

Kamon!! Hobi evergreen adalah yang dari dulu, hujan ke panas ke, ekonomi meleset ke, PM main golf ke, Emma Maembong dah single ke.. Tetap tak berubah.. Kalau dulu asyik kumpul setem… sampai sekarang masih kumpul setem, walaupun malaysia tak ada setem best best tapi diluar negara saya ada setem yang mencecah ratusan ribu untuk dibida.
Jadi, apa hobi anda?
Kenal tak dengan hobi anda?

Ada idea nak buat bisnes mcm mana?

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>