[FB Ads] Iklan jalan slow, Reach kurang..

Kalau dulu semua seronok hujung bulan je letak iklan tinggi-tinggi, iklan jalan laju, sales pun mencanak-canak naik..

Tapi semenjak dua menjak ini saya perhatikan ini yang selalu terjadi pada hujung bulan terutama waktu masuk gaji..

Iklan lambat approve

Iklan slow jalan walaupun dah letak budget dan bid tinggi

Reach juga semakin kurang

Reach iklan tidak konsisten..

Kenapa ini terjadi?

2011-2012.. player-player kurang, sebut je FB ads tak ramai peniaga yang tahu atau reti nak buat.

Menjelang 2013 player makin ramai, persaingan makin ramai, syarikat-syarikat besar pun dah mula masuk.

 

Hey.. kamu tu Zaleha ciput-ciput main ads, datang ZALORA budget lagi besar.

Mudah kata.. dulu satu peniaga target pada 2-3 pelanggan, sekarang satu pelanggan ditarget oleh 20-30 orang..

Jadi mungkin reach pun dikongsi bersama lah..

Nanti penuh iklan pula dalam FB ni yek dah.. igt Mark nak buat macam tu ke?

 

Jadi, macam mana nak kekalkan sales? Atau nak kekalkan reach pada pelanggan.

Jawapan : BUAT APA ORANG LAIN JARANG BUAT..

Orang lain letak budget iklan TINGGI masa orang masuk gaji..

Kita letak lah BUDGET TINGGI pada waktu orang tak berduit, dah kering gaji,  orang dah kering, sesak, duit dah tinggal 20 sen dalam poket..

 

Habis tu? Rugilah.. nanti siapa nak beli?

 

Erm… SIAPA SURUH MENJUAL?

Rules no 1 : Orang dalam FB dah jemu, dah luak dengar orang menjual, jadi jangan jual barang.. PERKENALKAN BARANG.

Rules no 2 : Sekali lagi! Siapa suruh jual, cuma kumpul data pelanggan dahulu, siapa yang berminat. Cukup!

 

Cara :

Perkenalkan barang.. siapa nak order boleh SMS/Wasap?Telegram/email?/surat rasmi letak bedak / dan yang seangkatan dengannya..

 

Ini dipanggil KUMPUL DATABASE..

 

Ya, mereka mungkin minat, tapi duit tak ada lagi, saja SMS dulu, tak apa.. yang penting kita ada cara nak hubungi mereka..

 

Hujung bulan..

 

Orang lain sibuk  pecah kepala pikir reach iklan tak jalan-jalan.. korang FOLLOW UP sahaja database yang ada sepanjang tempoh iklan anda waktu mereka kering tadi..

 

Berugi-rugi dahulu, beruntung-untung kemudian..

 

p/s : simpan database tu.. boleh digunapakai berkali-kali, bertahun-tahun lamanya..

 

 

Please follow and like us:
Comments
  1. 3 years ago
  2. 3 years ago
  3. 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>