Nikmat bekerja sendiri VS Makan Gaji

berhentikerja

 

Sedar tak sedar, dari zaman bujang sampai anak dah dua saya dah tergolong dalam kategori “mengganggur” di mata masyarakat.

Keluar rumah pakai t-shirt, pagi-pagi beli nasi lemak jam 9 pakai kain pelekat, keluar selewat jam 10 pagi pulang seawal jam 4 ptg..

Kadang-kadang ada dirumah sepanjang hari.

 

Kerja sendiri VS Makan Gaji

Lain orang lain pendapat Mana yang bercita-cita untuk berhenti makan gaji dan mula bekerja sendiri.. tahniah saya ucapkan.. terlalu banyak nikmat yang anda bakal perolehi.. tetapi jika nak kan nikmat sebegini perkara pertama yang perlu ada adalah keberanian dan kesungguhan.. Tak sesenang tu nak dapat nikmat.. betul tak?

 

Tapi.. jika anda benar-benar sudah tekad, cuba renungkan semula sejenak.. ada nikmat yang anda mungkin telah lepaskan jika anda berhenti makan gaji.. kecuali jika anda istiqamah..

Nikmat apa? Dapat gaji tetap? Tak buat kerja pun dapat gaji?

Salah..

Orang makan gaji, boleh bangun seawal pagi, jadi tidak ada alasan untuk terlepas solat subuh, apatah lagi jika nak berjemaah sebentar di surau/masjid berhampiran..

Jadi, lihat diri anda semula, cuba cek setiap hujung minggu, ada beza tak dengan hari bekerja? Ada tak yang masih beralasan hujung minggu mahu tidur puas-puas?

Sapa bangun awal pagi murah rezeki..

Jika perkara diatas masih belum lengkap, lebih baik makan gaji dari bekerja sendiri, bukan apa, takut-takut, jika sudah bekerja sendiri hari-hari rasa tak perlu bangun awal.

Jika makan gaji sekurang-kurang ada 5 hari yang masih terjaga..

Harap begitulah.

Rezeki tu Tuhan yang beri.. jika kita nak rezeki banyak cepat tapi arahan Tuhan kita buat sambil lewa, maka rezeki yang dapat tu pun sambil lewa lah. Mudah bukan?

 

Masih teringat sewaktu sembang mabang dengan tokei cina kedai hardware berhampiran rumah saya.

Pagi bangsa saya buka kedai jam 10 pagi, dia sudah buka jam8 pagi, sapa nk cari cangkul, kepala paip awal-awal pagi pun mudah.. Jam 7.30 pagi sudah berasap satu kedai, berbiji-biji limau dan pisang di ‘rumah kecil’ hadapan kedai.

 

Jawapannya mudah..

 

“Pagi-pagi mahu rezeki banyak, kena banyak dekat sama tuhan maa… lu jauh dari tuhan, itu rezeki pun lambat sampai.. itu kalau jauh, kalau langsung takde hubungan dengan tuhan, macam mana mau sampai?”

 

Nasihat untuk diri sendiri..

bukan untuk anda yang baca..

anda semua semua wali…

Please follow and like us:
Comments
  1. 3 years ago
  2. 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>