Teknik Viral Marketing 1

share komen like

Saya sudah lama bercerita tentang viral marketing, semenjak dua menjak ini makin naik pula isu viral marketing di neswfeed.

Ini khas untuk peniaga-peniaga online, terutama produk fizikal.

Bagaimana nak dapatkan viral marketing secara mudah, tanpa sebarang paksaaan?

Lihat komen, share dan likes..

Kalau jual barang mesti syok ni…

Post ini 100% adalah post menjual..

Jawapannya..

Pelanggan SHARE post anda.

Jadi, bagaimana nak buat pelanggan / audience Share kan post anda?

Fahami tabiat audience.

Senang cerita, lihat apa yang orang-orang di facebook suka share.

Antara yang saya gemar lakukan untuk mempromosikan produk-produk fizikal adalah melalui VIDEO MARKETING, atau mudah kata post video, bukan post gambar sahaja.

Apa yang saya lihat, di Facebook, orang lebih gemar share video berbanding gambar walaupun video tu entah apa-apa.

Jadi ,tak kisah lah mereka berminat atau tak, yang penting dari situ anda dapat viral marketing secara PERCUMA.

Sekali lagi.. lihat pada jumlah SHARE.

Makin banyak share, makin banyak lihat video anda, tak mustahil boleh dapat banyak likes dan komen :)

Video apa yang patut saya post?

Saya memang terus post video menjual.. bukan video-video kelakar, pelik dan tidak ada kaitan.

dah namanya pun nak menjual kan?

Penting kerana anda nak cari sales, bukan ntuk naikkan like page..

Isi kandungan video mudah.. Cara penggunaan produk, review produk atau apa pakej yang terkandung dalam produk yang anda jual.

Dan ini juga bakal membantu pelanggan faham lebih jelas produk apa yang anda nak jual.

Juga tambah keyakinan pelanggan.

Mudah bukan?

Orang suka share video, kita postlah video..

p/s : jangan lupa letakkan CTA ( call to action ) sekurang-kurangnya nombor untuk dihubungi didalam vidoe anda, nanti dah viral, rugi jika ada yang tengok berminat tapi tak tahu bagaimana nak dapatkan produk anda.

 

Please follow and like us:
Comments
  1. 3 years ago
  2. 3 years ago

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>