Tips Marketing – Jual Makanan Sunnah Pada Kaum Cina

Dalam pemasaran, atau senang kata dalam nak jual barang/produk, jangan jual satu produk pada semua orang walaupun ianay berguna pada semua orang.

Marketing- Promote and Sell RIGHT Product to the RIGHT Audience at the RIGHT Time and RIGHT Place.

Sebab tu sebelum jual produk, kaji dan tentukan dahulu apa sebenarnya kegunaan atau kelebihan produk anda, dan siapa yang BETUL BETUL perlukan, bukan sekadara perlukan.. sekali lagi. BETUL BETUL.

Satu Study Case yang saya lakukan sendiri.

Bagaimana menjual makanan sunnah pada KAUM Cina yang rata-rata bukan Beragama Islam?

Habatussauda..

Ramai orang kita jual habatussauda dan kata ianya ubat SEGALA PENYAKIT.

Masalahnya bila anda kata macam tu, siapa sebenarnya market anda? semua orang ke?

Masyarakat lebih percaya yang PANADOL andalah ubat segala penyakit berbading Habatussauda.

Jadi, langkah pertama. KECILKAN TARGET MARKET.

Habatusauda dikatakan ada 1001 kelebihan.. jadi, lupakan yang 1000 tu, ambil 1 pun dah cukup.

Salah satu kelebihan –> boleh tambah susu untuk ibu yang lepas bersalin.

 

Jelas sedikit kan siapa target market?

FOKUS pada ibu-ibu yang lepas bersalin dan sedang menyusukan anak sahaja.

 

Penggunaan NAMA pun memainkan peranan penting..

Kali pertama saya jual HABATUSSAUDA dan letakkan MAKANAN SUNNAH — > yang beli semua melayu dan saya lihat secara ibas mereka lebih kearah keluarga yang islamik.

TUKAR

Jual HABATUSSAUDA sahaja — > mula ramai kaum ibu lain yang membeli, ada segelintir kaum lain yang turut beli..mereka mula rasa ini produk umum..

FASA 3.. mahu cuba tembusi pasaran bangsa lain

JUAL JINTAN HITAM HABAUSSAUDA — > kaum india dan cina mula beli sedikit…

TUKAR–> JUAL JINTAN HITAM — > kaum india mula ramai beli dan ada yang mula bertanya boleh dapat dipasar-pasar ke.. mereka ingat sejenis rempah

TEMBUS PASARAN KAUM CINA

jual HERBA JINTAN HITAM –> kaum cina mula tertarik, mengkis atas sebab mereka memang sinonim dengan HERBA..

 

NAMPAK TAK?

Jual produk sama, utnuk target market golongan sama, tapi dengan sedikit ubahsuai nama dah dapat tingkatkan jualan 400% kali ganda. Alhamdulillah.

 

 

Jadi, nak jual produk

1. Tentukan apa kelebihan produk

2. Tentukan siapa target market

3. Sesuaikan ayat marketing untuk target market tersebut.

 

Selamat mencuba

 

 

p/s : bila letak kedai mamak Masyur, Al-Ehsan, Al-Khutubi, Khutubuddin Ahlakhen, ramai je cina melayu india datang..

Tapi cuba letak kedai mamak Mutusamy Gopal… agak-agak berapa orang melayu masuk?

yang Masyur, Al-Ehsan, Al-Khutubi, Khutubuddin Ahlakhen tu tentu-tentu halal ke?

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>